Latar
Belakang Kampung Rasak Laut
Kg.
Rasak Laut, 89100 Kota Marudu, Sabah terletak 12.8 KM dari
Pekan Kota Marudu dan mengambil masa kurang daripada 15 Minit . Kedudukan yang strategik
menghubungkan antara dua daerah iaitu
Pitas dan Kota Marudu. Latar belakang kampung Rasak Laut , perkataan Rasak Laut
tidak menunjukkan kampung ini terletak di kawasan laut . Majoriti penduduk yang menetap di kampung ini berbangsa Bajau.
Selain itu terdapat juga bangsa lain seperti bangsa Dusun, Bisaya dan
lain-lain. Masjid Jamek Al- Amin Kg. Rasak Laut yang terletak di hadapan kampung
iaitu pintu masuk utama kampung ini menjadi simbolik bahawa agama Islam adalah agama
majoriti yang dianuti penduduk sekitar ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan