Ahad, 3 November 2019

Teks Pengacaraan Majlis Perpisahan

MASA
PENGUMUMAN
CATATAN

3.00pm


Ketibaan tetamu jemputan


3.10pm

Muafakat masyarakat membawa berkat,
Bandar Penawar semakin ceria;
Hamdalah dan selawat mendahului kalimat,
Doa dibaca memohon sejahtera.




Majlis mempersilakan En. Saiful Hilmi untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.




Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Saiful Hilmi atas bacaan doa sebentar tadi.




Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismilah pembuka kata.



3.20pm

Basmalah dan Hamdalah
·         Yang Berusaha Puan Mastina Binti Ibnu Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan ( Sumber Manusia);
·         Yang Dihormati Ketua-ketua unit
·         Tuan tuan dan puan puan sekalian.




Hadirin sekalian,

Air perigi turunan lembah
Datang dan pergi sememangnya lumrah

Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa



3.30pm

Tibalah kita ke majlis ucapan. Dijemput Pn. Mastina Binti Ibnu Hassan selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan Sumber Manusia untuk menyampaikan ucapan, Dipersilakan puan.

Terima kasih diucapkan kepada
Pn. Mastina atas ucapan itu tadi.




Seterusnya dijemput En. Vivian Selaku Ketua Unit HRMIS untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan tuan.

Terima kasih diucapkan atas ucapan itu tadi.




Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Mohd. Saiful Bahari Bin Ag. Abd. Rahman , Cik Suzanne dan Cik Ong Aily .

Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.

Terima kasih diucapkan atas ucapan sebentar tadi.



3.50pm

Hadirin sekalian,

Sebentar sahaja lagi kita akan menyaksikan acara pemotongan kek oleh kakitangan sumber manusia yang lahir pada bulan November.

Untuk menyempurnakan acara pemotongan kek dijemput mana2 kakitangan yang lahir pada bulan November. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas penyempurnaan acara itu tadi.



4.00pm

Majlis Perpisahan bagi yang dirai telah disempurnakan. Warga Kerja Sumber Manusia mengucapkan semoga tuan / puan berjaya di tempat baru dan semoga kita berjumpa lagi.

Dari Kedah ke Pekan Sari,
Beli suasa di Pekan Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.



Majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn. Mastina Binti Ibnu Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Ketua-Ketua Unit serta hadirin dan hadirat untuk menikmati jamuan yang disediakan. Sehingga bertemu pada kesempatan yang lain, Majlis diakhiri dengan kalimah yang mulia, wakafa billahi syahida, wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Khamis, 26 Januari 2017

Khasiat Teh Kelulut/Teh Persada-PM For Order Ejen

WhatsApp Image 2017-01-26 at 14.56.05.jpeg
Khasiat Teh Persada/Teh Kelulut
Teh Kelulut mengandungi madu yang berperanan sangat penting antaranya ialah Madu ialah antiseptic semulajadi yang mengandungi agen antimikrob yang mencegah jangkitan dan membunuh bakteria di kawasan luka mahupun dalaman. Selain itu ia juga sesuai digunakan untuk merawat ulser perut. Selain itu, madu juga mengandungi antibakteria serta antioksidan yang boleh membaiki system pencernaan, melancarkan peredaran darah dan membantu untuk menjaga kesihatan.
WhatsApp Image 2017-01-26 at 14.56.05 (8).jpeg
Teh Kelulut , membolehkan kulit jadi cantik terutama kulit yang sensitive. Di samping madu yang bertindak untuk mengurangkan rasa sakit-sakit otot yang mana glukosa yang terdapat dalam madu meningkatkan stamina dan metabolisma. Ia juga mampu merawat kanser kerana sifat madu yang berperanan sebagai antitumor. Tahukah anda? Madu mempunyai 40 % kurang kalori daripada gula yang mana ia memberi tenaga kepada manusia tanpa meningkatkan berat badan. Ia mudah dihadam untuk perut yang sensitif selain mempunyai antiradang semulajadi yang boleh merawat batuk, selesema, dan sakit kerongkong. Jika terdapat kecedaraan yang menyebabkan luka ia dapat merawat dengan mudah . Dalam masa yang sama ia mampu menyembuhkan kelecuran, infeksi dan mempercepatkan penyembuhan kulit.
WhatsApp Image 2017-01-26 at 14.56.05 (7).jpeg
Itulah serba sedikit perkongsiaan saya apabila memilih Teh  Kelulut sebagai minuman pilihan kerana selain rasanya yang sedap ia mampu menyembuhkan sakit-sakit badan,lenguh-lenguh dan jadi lebih bertenaga sesuai juga diminum untuk seisi keluarga.Jadi apa tunggu lagi dapatkan segera minuman Teh Kelulut ini ada mesti cuba!barulah tahu apa kesannya kann?jika anda berminat sila whatsapp saya untuk order the kelulut.-0143790142(Alim,)
WhatsApp Image 2017-01-26 at 14.57.39 (7).jpeg



Rabu, 25 Januari 2017

Latar Belakang Kampung Rasak Laut, Kota Marudu, Sabah.

Latar Belakang Kampung Rasak Laut
Kg. Rasak Laut, 89100 Kota Marudu, Sabah terletak 12.8 KM dari Pekan Kota Marudu dan mengambil masa kurang daripada 15 Minit . Kedudukan yang strategik menghubungkan  antara dua daerah iaitu Pitas dan Kota Marudu. Latar belakang kampung Rasak Laut , perkataan Rasak Laut tidak menunjukkan kampung ini terletak di kawasan laut . Majoriti penduduk yang menetap di kampung ini berbangsa Bajau. Selain itu terdapat juga bangsa lain seperti bangsa Dusun, Bisaya dan lain-lain. Masjid Jamek Al- Amin Kg. Rasak Laut yang terletak di hadapan kampung iaitu pintu masuk utama kampung ini menjadi simbolik bahawa agama Islam adalah agama majoriti yang dianuti penduduk sekitar ini.