Ahad, 3 November 2019

Teks Pengacaraan Majlis Perpisahan

MASA
PENGUMUMAN
CATATAN

3.00pm


Ketibaan tetamu jemputan


3.10pm

Muafakat masyarakat membawa berkat,
Bandar Penawar semakin ceria;
Hamdalah dan selawat mendahului kalimat,
Doa dibaca memohon sejahtera.




Majlis mempersilakan En. Saiful Hilmi untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.




Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Saiful Hilmi atas bacaan doa sebentar tadi.




Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismilah pembuka kata.



3.20pm

Basmalah dan Hamdalah
·         Yang Berusaha Puan Mastina Binti Ibnu Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan ( Sumber Manusia);
·         Yang Dihormati Ketua-ketua unit
·         Tuan tuan dan puan puan sekalian.




Hadirin sekalian,

Air perigi turunan lembah
Datang dan pergi sememangnya lumrah

Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa



3.30pm

Tibalah kita ke majlis ucapan. Dijemput Pn. Mastina Binti Ibnu Hassan selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan Sumber Manusia untuk menyampaikan ucapan, Dipersilakan puan.

Terima kasih diucapkan kepada
Pn. Mastina atas ucapan itu tadi.




Seterusnya dijemput En. Vivian Selaku Ketua Unit HRMIS untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan tuan.

Terima kasih diucapkan atas ucapan itu tadi.




Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Mohd. Saiful Bahari Bin Ag. Abd. Rahman , Cik Suzanne dan Cik Ong Aily .

Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.

Terima kasih diucapkan atas ucapan sebentar tadi.



3.50pm

Hadirin sekalian,

Sebentar sahaja lagi kita akan menyaksikan acara pemotongan kek oleh kakitangan sumber manusia yang lahir pada bulan November.

Untuk menyempurnakan acara pemotongan kek dijemput mana2 kakitangan yang lahir pada bulan November. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas penyempurnaan acara itu tadi.



4.00pm

Majlis Perpisahan bagi yang dirai telah disempurnakan. Warga Kerja Sumber Manusia mengucapkan semoga tuan / puan berjaya di tempat baru dan semoga kita berjumpa lagi.

Dari Kedah ke Pekan Sari,
Beli suasa di Pekan Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.



Majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn. Mastina Binti Ibnu Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Ketua-Ketua Unit serta hadirin dan hadirat untuk menikmati jamuan yang disediakan. Sehingga bertemu pada kesempatan yang lain, Majlis diakhiri dengan kalimah yang mulia, wakafa billahi syahida, wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.