MASA
|
PENGUMUMAN
|
CATATAN
|
3.00pm
|
Ketibaan tetamu jemputan
|
|
3.10pm
|
Muafakat masyarakat
membawa berkat,
Bandar Penawar semakin
ceria;
Hamdalah dan selawat
mendahului kalimat,
Doa dibaca memohon
sejahtera.
|
|
Majlis mempersilakan En. Saiful
Hilmi untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
|
||
Majlis mengucapkan terima kasih
kepada En. Saiful Hilmi atas bacaan doa sebentar tadi.
|
||
Sirih berlipat sirih
pinang,
Sirih dari Pulau
Mutiara;
Pemanis kata selamat
datang,
Awal bismilah pembuka
kata.
|
||
3.20pm
|
Basmalah dan Hamdalah
·
Yang Berusaha Puan
Mastina Binti Ibnu Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan ( Sumber Manusia);
·
Yang Dihormati
Ketua-ketua unit
·
Tuan tuan dan puan puan sekalian.
|
|
Hadirin sekalian,
Air perigi turunan
lembah
Datang dan pergi sememangnya lumrah
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa
|
||
3.30pm
|
Tibalah
kita ke majlis ucapan. Dijemput Pn. Mastina Binti Ibnu Hassan selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan Sumber Manusia untuk menyampaikan ucapan, Dipersilakan puan.
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Mastina atas ucapan itu tadi. |
|
Seterusnya dijemput En. Vivian
Selaku Ketua Unit HRMIS untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan tuan.
Terima kasih diucapkan atas ucapan itu tadi.
|
||
Seterusnya, tibalah
waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Mohd. Saiful
Bahari Bin Ag. Abd. Rahman , Cik Suzanne dan Cik Ong Aily .
Majlis dengan segala
hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.
Terima kasih diucapkan atas ucapan sebentar tadi.
|
||
3.50pm
|
Hadirin sekalian,
Sebentar sahaja lagi kita akan
menyaksikan acara pemotongan kek oleh kakitangan sumber manusia yang lahir
pada bulan November.
Untuk menyempurnakan acara
pemotongan kek dijemput mana2 kakitangan yang lahir pada bulan November.
Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih atas
penyempurnaan acara itu tadi.
|
|
4.00pm
|
Majlis Perpisahan bagi yang dirai
telah disempurnakan. Warga Kerja Sumber Manusia mengucapkan semoga tuan /
puan berjaya di tempat baru dan semoga kita berjumpa lagi.
Dari Kedah ke Pekan
Sari,
Beli suasa di Pekan
Tinggi;
Selesai sudah tugas
diberi,
Di lain masa bersua
lagi.
|
|
Majlis mempersilakan Yang Berusaha
Pn. Mastina Binti Ibnu Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Ketua-Ketua
Unit serta hadirin dan hadirat untuk menikmati jamuan yang disediakan.
Sehingga bertemu pada kesempatan yang lain, Majlis diakhiri dengan kalimah
yang mulia, wakafa billahi syahida, wasalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
|
Ahad, 3 November 2019
Teks Pengacaraan Majlis Perpisahan
Langgan:
Catatan (Atom)